Blog

Aku hasilkan blog ini dimana aku nak meriwayatkan seingat aku yang boleh sejarah aku lalui dari kecil hingga sekarang, itu adalah motif utama aku sebenarnya tapi mungkin juga aku selit-selit informasi yang berilmiah atau perkembangan isu semasa.

Dulu aku pernah hasilkan blog dan sempat aku beli domain name tapi tidak bertahan lama atas dasar utama adalah aku  buat blog tapi matlamat aku untuk melaksanakan blog itu tidak cemerlang dan terkubur. lagipun dulu aku kejar populariti dan money hasil dari blog, dan bila ketamakan aku membawa aku kelemasan akibat tidak kecapi apa yang ditargetkan.

dan kali ini aku berusaha untuk tidak mengejar pada aspek yang menggunung pada permulaan, hanya aku mahu kongsikan serba sedikit kisah hidup aku sahaja, mana la tahu dapat memberi pengajaran kepada pembaca.

semoga aku dapat mengekal kan memontum aku dalam melaksanakan blog ini. InsyaAllah. :)

0 comments:

Post a Comment