Monday, 25 March 2013
Aku Makan Maggi
kisah yang aku paparkan ini adalah kisah semasa aku belajar kat Politeknik, time tu aku sem 3 kalau tak silap, adalah merekodkan kejadian yang tidak pernah aku sangka dan sehingga kini bau-bau sejarah itu masih lagi melekat walaupun terpaksa jua aku padam kan,
diketika itu, bulan romadhan bertapak dan sebagai muslim sewajibnya menjalani ibadah itu. aku juga begitu, jadi seperti biasa bila sudah petang datang dekat-dekat nak gelap sedikit kerana malam, berpusu-pusu lah manusia yang menerjah kedai makanan.
kisah ini berlaku antara aku dengan kawan sebilik aku saja, aku tinggal di rumah sewa ketika itu. apakah sanggup dia melakukan seperti itu kepada aku.? sebenarnya terlebih dahulu aku sudah memberitahu nya lebih awal.
Kisah bermula….
di suatu petang, aku sudah alert yang aku perlu keluar untuk membeli makanan untuk santpan berbuka nanti, jadi tumpuan aku adalah kedai makcik yang kat depan rumah sewa aku tinggal. tidak jauh, lebih kurang 10 langkah dari pintu pagar rumah sewa aku dengan kedai kecik makcik itu. hidangan disitu boleh dikatakan menarik juga kerana juadahnya boleh tahan.
seperti biasa la, bila makanan yang murah lagi sedap maka tumpuan menjadi ramai yang datang. termasuk aku juga dengan kawan aku tu.
aku dah sepakat dengan kawan aku tu yang kami ni malas nak keluar jauh untuk membeli santpan berbuka, bazar romadhan ada kat area situ tapi jauh la sedikit. langkah yang drastik diambil, jadi kita orang buat keputusan yang tak nak keluar dan pekena santapan kat kedai makcik tu je.
kedai makcik tu, tak boleh beli lewat, nanti makan angin la jawabnya, habis awal, belum sempat berbuka, bekas nasi dah tertutup dari penjualan.
jadi awal-awal la aku pesan kat kawan aku tu yang pesanan untuk membeli nasi lauk ayam goreng pedas, kawan baik jugak la, dari sem 1 hingga sem 6, duk sebilik, yang mana satu bilik rumah sewa kat situ boleh dimuatkan 6 orang. maklumlah kawan sekelas dari awal hingga akhir semester. semua jelas aku ceritakan kat kawan aku pasal pesanan. jadi aku kiranya beres la. sebab ada sebelum ini aku yang dia kirim untuk beli makanan dia. jadi tukar-tukar la, bergilir gitu.
jam sudah pukul 6.45 petang, dan aku berharap yang santapan untuk berbuka sudah settle oleh kawan aku tu. jadi kerunsingan aku tidak la terserlah sangat. terus aku berinternet ber device kan laptop.
6.55 petang, kawan aku ni tak tiba lagi kat bilik, aku mula gelisah akan santapan berbuka aku nanti. terus aku keluar ke kedai makan itu untuk menanyakan pasal makan yang aku pesan. alangkah kurang sedap berita yang dia bagi tahu aku, yang bahawa nasi di kedai makcik itu sudah habis termasuk lauknya sekali.
aku jem otak seketika. nak ke bazar memang tak sempat lah, dah pukul berapa ni, tinggal lagi 5 minit. panas enjin motosikal 10 minit.
kawan aku ni pergi ke kedai makcik untuk atas simpati dapat nak beli santpan untuk berbuka. aku sudah kecewa time itu.
aku tunggu dan tunggu, datang nya semula kawan aku ni ke bilik, dan jawab nya kat aku yang nasi sudah habis dan tak dapat nak tapau, tapi dia sempat lagi tapau nasi untuk dia, tapi lauk sikit je la, yang hujung bekas dapat.
yang tak tahan nya, untuk dia, boleh pulak untuk dia tapaukan, aku??
kalau ye pun, jaga la perasaan sikit, aku tengah membabikan perasaan aku kerana nasi, pastu boleh pulak dia tapau untuk dia seorang, kalau ye pun nak tapau jugak, sorok dulu, jangan kasi aku nampak. memang moral aku down terus dia ni, memang tak pandai berkawan langsung.
waktu berbuka hampir tiba, aku terus otak celaru, azan berkumandang, capai aku dengan gelas kaca atas meja dan meluru ke depan ruang rumah, ada satu water heater dengan sekali water cooler. terus tadah air sejuk dan bawa ke bilik, minum air je dulu, air sejuk je.
aku bersikap biasa la, lagipun time tu time puasa kan, jadi aku mengawal la perasaan aku time tu. terus aku pelawakan, makan la dulu nasi yang dia tapau tu sebab dah waktu berbuka. dia berkata, tak menagapa, nak tunggu aku beli nasi, memang tak la, time berbuka kan.
aku terus gapai maggi segera aku yang dalam almari bahagian makanan yang kat bawah, terus bogelkan plastik dan ambil isi letak dalam tupperware, taruk air panas dan panaskan maggi itu. bila dah settle maggi aku tu, aku pun makan maggi je berbuka, baru la kawan aku tu pun turut sama makan makanan yang dia tapau tadi.
aku pun buat biasa la, malas nak layan sangat perasaan yang bergelora.
waktu berbuka hari itu, settle aku dengan maggi sahaja. dalam untuk pelengkap santapan berbuka tadi, malamnya itu, aku pergi la ke kedai makan, makan masakan panas.
habis…
moralnya, emmmm fikir la sendir. letih rasa pulak aku nak menaip. emm
Thursday, 21 March 2013
Aku Dan Getah Sekerap
Aku sebenarnya datang dari keluarga kurang senang, tapi sekarang alhamdulillah, dengan rezekiNya, keluarga aku sekarang ini dapat makan dan minum cukup, dan kehendak dapat juga dimiliki walaupun tidak banyak, dan keperluan semua alhamdulillah.
aku sebenarnya nak kembali di masa aku darjah 1 atau 2 macam tu la, masa tu, abah aku belum lagi mewarisi perniagaan kecil-kecilan dari arwah datuk aku, jadi abah aku seorang pekerja kat kebun getah, tiap-tiap minggu dapatlah hasilnya jika tidak hujan.
hasilnya dapat setelah getah sekerap yang dikutip dari bekas nya dan dijual, kebun getah yang abah aku kerja tu bukan milik abah aku, hanya milik orang lain yang hanya mengupah abah aku untuk mendapatkan hasilnya, kalau tak silap aku la, hasil dari penjualan getah sekerap itu dibahagikan dengan 2, pekerja dengan pemilik kebun.
jadi aku sebagai anak seorang pekerja sebagai penoreh getah, tidak terlepas dari kena tempias dengan penat usaha kerjanya itu. aku pernah diajak untuk ke kebun getah untuk mengutip getah sekerap dari bekas takungan dan diisi kedalam guni plastik, kadang-kadang guni kain, tengok keadaan.
tapi time kutip getap sekerap tak selalu, tengok hasil torehan pada pokok, kena pulak musim hujan memang tergantung la jawabnya, bila musim hujan, getah susah nak keluar walaupun ditoreh. tapi untu kerjak menoreh pada pokok, tiap-tiap pagi la abah aku akan ke kebun.
ingat lagi time tu, aku pergi dengan motosikal abah aku, yamaha cup 70, jenis kapcai. abah aku akan buat 2 trip, pertama abah aku akan bawak mak aku dulu, kemudian, abah aku akan ambil aku dan abang aku. kalau tak silap aku dan abang aku kerja ialah, 1 kali dalam 2 minggu.
pada awal-awal aku masuk ke kebun untuk kutip getah sekerap,dalam pukul 7.30 kena bertolak, aku malas sebab bau busuk. biasa la budak-budak kan. tapi mak aku bagi aku beg plastik untuk sarung ke tangan, nak beli sarung tangan getah, tak padan untuk pengunaan aku je, lagi pun mahal ketika itu, katanya mak ak. katanya nak elak tangan nanti kurang bau busuk melekat. jadi aku pakai.
aku dulu, mak aku tak bagi pakai selipar, katanya cepat rosak sebab naik bukit turun bukit, takut kena akar pokok nanti rosak, jadi kasut sekolah yang dah rabak sedikit jadi kasut untuk aku bekerja.
pada mula aku hanya ambil getah sekerap dalam bekas je dan buang ke tanah, sebab nanti abah aku dengan wheelbarrow akan datang pungut dan kumpul ke satu tempat. aku mula berjalan satu tempat ke satu tempat, mengikut deretan pokok getah.
pasal bau busuk tak payah nak cerita, pada mulanya, aku memang tak tahan, tapi bila aku tengok raut wajah mak abah aku bekerja dengan penat peluhan, membuatkan aku juga turut bekerja.
nyamuk sekeliling kepala tak usah nak mengeluh, tangan aku selalu melambai-lambai atas kepala sebab nak halau nyamuk.
bila waktu rehat, mesti mak aku bagi makanan yang dia bekalkan. bungkus je nasi berlauk. sebab arwah nenek dan datuk aku berniaga makanan belah pagi. jadi mak aku tapau dari mereka la. macam biasa seingat aku, nasi dengan lauk ayam gulai lemak. sebungkus sorang. dengan air tea o dalam bekas air. cawam berkongsi.
lepas makan, rehat sekejap, bagi makan turun ke perut kata mak aku dulu.
pastu kami semua sambung balik buat kerja. bila semua getah sekerap dipungut dan dikumpulkan ke satu tempat, maka proses kemudian nya adalah mengisi getah sekerap itu kedalam guni. seingat aku, aku dengan abang aku, dan mak dan abah aku mengisi, aku pegang guni, abang aku isi getah sekerap itu.
*gambar hiasan.
kalau tak silap aku, hasil getah sekerap yang dipungut ada dapat dalam 4 atau 5 guni setengah je. tak banyak, sebab kawasan torehan getah untuk abah aku ambil upah bukan luas pun, ada aku tengok kawan abah aku yang kerja kawasan sebelah, dapat 8,9 guni.
macam biasa, bila selesai kerja, balik ke rumah, akan abah aku bagi upah rm2 seorang kepada aku dan abang aku.kalau dapat lebih, abah aku bagi rm3 seorang. kadang-kadang aku jeles sebab kawan aku, kira kawan rapat aku la, dia dapat upah rm10 tau, aku pun tak tau kenapa banyak dia dapat. mungkin ibubapa dia dapat banyak guni kot hasil kutipan getah sekerap itu.
tapi bila aku nak minta upah lebih, tak sampai hati pulak, segan pulak. tapi aku kena memahami, hasil kutipan itu juga untuk menanggung keluarga dan aku. jadi tak mengapalah upah yang sedikit pun. itu dah bersyukur sebab dapat jugak upah dari abah aku.
bila aku renung kembali, memang sedih bila mengenangkan masa itu, perit jerih usaha mak dan abah aku. untuk menyara keluarga, time tu aku dan abang aku je ada, adik-adik aku belum ada lagi.
tapi keadaan ini tidak lama dengan umur aku sebab seingat aku, selepas atuk aku meninggal dalam aku umur 10 atau 11 tahun, perniagaan kecil itu diwarisi oleh abah aku, jadi abah aku berhenti dari kerja menoreh getah, sebab tak cukup masa untuk mengurus. jadi sampai sekarang aku juga dibesarkan dari perniagaan kecil dari permulaan atuk aku dahulu.
alhamdulillah dengan kehidupan sepanjang aku lalui, merasa jugak time susah bersama keluarga dahulu walaupun aku masih kecil lagi dan memang tak memahami sangat erti susah waktu dahulu.
aku berharap aku akan dapat membantu mak dan abah aku bila mereka sudah berumur sebagaimana mereka menjaga aku dari kecil dengan susah payah mereka lalui.
bila aku mengenang kembali kisah ini, memang menyentuh perasaan.
Monday, 18 March 2013
Kerana Mimpi
mimpi hebat sangat ke sampai boleh diketengahkan ini? aku menanyakan dan juga aku menjawabnya. nak tahu jawapan adalah mara anda kebawah dalam sesi pembacaan.
semalam juga aku nak bangkitkan kembali kisah aku ini, bukan apa dikongsikan jua tiada la untungnya aku dapat, jadi tidak mengapalah aku tepek disini kisahnya.
bermula kepala cerita, hari biasa pagi-pagi prepare nak kerja la kan. tapi aku lain sikit, mungkin juga ada yang seperti aku ini.
bangun pagi, biasa orang dah tak tidur katanya murah rezeki seperti mana kita sering dengar selalu ayat ini di utarakan. nas dan dalil tak dapat aku muatkan kerana aku takde sumber. nak tahu sumber cari sendiri.
sambung semula, dah bangun orang dah tak tidur, mandi ke, cuci muka ke, solat subuh selepasnya. lain nya aku, pagi-pagi muka macam ayam cirit birit bangun menuju ke bilik air, ambil wuduk dengan keadaan separa sedar, tapi lepas habis ambil air wuduk tu, tak kan nak separa sedar lagi, mungkin biji mata macam dah nak keluar.
settle subuh dan sambung tidur, itu aku masih sehingga kini dibawa tabiat. kadang kala ada juga macam biasa, dah bangun dan tak tidur tapi jarang sangat la. itu sebab aku payah rezeki? aku berkerut muka untuk mencari konklusi.
kisah bermula setelah kepala cerita berderet macam isi sudah aku baca diatas. haha
mimpi kerana aku sambung tidur, biar kerja diketepikan. mana tak salahnya, kerja yang patut pergi pagi, pukul 10 jua baru nak bangun dari kamar. apa jadahnya begitu.
tapi yang ini sepasyel katanya orang indonesia adalah kerana mimpi aku bangun nak pergi kerja, aku rela sambung tidur balik semata-mata untuk sambung mimpi aku yang lalui malamnya itu. bangang apakah itu?
aku mimpi apa sebenarnya? yang pasti bukan mimpi basah hanya menghiburkan hati aku di dalam mimpi itu. kalau mimpi basah, bangun pagi, mandi wajib la answer nye. tak kisah la apa tajuk nya mimpi itu, yang pasti aku rela pergi kerja lewat kerana mimpi itu. wahh. macam mimpi itu bagi aku cash 5000 ringgit malaysia saja.
cubanya aku tak buat lagi, sebab pergi kerja, aku tak pandai nak menipu, baik jenis orang sebegini katakan. wakaka.