Thursday, 21 March 2013

Aku Dan Getah Sekerap

Aku sebenarnya datang dari keluarga kurang senang, tapi sekarang alhamdulillah, dengan rezekiNya, keluarga aku sekarang ini dapat makan dan minum cukup, dan kehendak dapat juga dimiliki walaupun tidak banyak, dan keperluan semua alhamdulillah.

aku sebenarnya nak kembali di masa aku darjah 1 atau 2 macam tu la, masa tu, abah aku belum lagi mewarisi perniagaan kecil-kecilan dari arwah datuk aku, jadi abah aku seorang pekerja kat kebun getah, tiap-tiap minggu dapatlah hasilnya jika tidak hujan.

hasilnya dapat setelah getah sekerap yang dikutip dari bekas nya dan dijual, kebun getah yang abah aku kerja tu bukan milik abah aku, hanya milik orang lain yang hanya mengupah abah aku untuk mendapatkan hasilnya, kalau tak silap aku la, hasil dari penjualan getah sekerap itu dibahagikan dengan 2, pekerja dengan pemilik kebun.

jadi aku sebagai anak seorang pekerja sebagai penoreh getah, tidak terlepas dari kena tempias dengan penat usaha kerjanya itu. aku pernah diajak untuk ke kebun  getah untuk mengutip getah sekerap dari bekas takungan dan diisi kedalam guni plastik, kadang-kadang guni kain, tengok keadaan.

tapi time kutip getap sekerap tak selalu, tengok hasil torehan pada pokok, kena pulak musim hujan memang tergantung la jawabnya, bila musim hujan, getah susah nak keluar walaupun ditoreh. tapi untu kerjak menoreh pada pokok, tiap-tiap pagi la abah aku akan ke kebun.

ingat lagi time tu, aku pergi dengan motosikal abah aku, yamaha cup 70, jenis kapcai. abah aku akan buat 2 trip, pertama abah aku akan bawak mak aku dulu, kemudian, abah aku akan ambil aku dan abang aku. kalau tak silap aku dan abang aku kerja ialah, 1 kali dalam 2 minggu.

pada awal-awal aku masuk ke kebun untuk kutip getah sekerap,dalam pukul 7.30 kena bertolak, aku malas sebab bau busuk. biasa la budak-budak kan. tapi mak aku bagi aku beg plastik untuk sarung ke tangan, nak beli sarung tangan getah, tak padan untuk pengunaan aku je, lagi pun mahal ketika itu, katanya mak ak. katanya nak elak tangan nanti kurang bau busuk melekat. jadi aku pakai.

aku dulu, mak aku tak bagi pakai selipar, katanya cepat rosak sebab naik bukit turun bukit, takut kena akar pokok nanti rosak, jadi kasut sekolah yang dah rabak sedikit jadi kasut untuk aku bekerja.

pada mula aku hanya ambil getah sekerap dalam bekas je dan buang ke tanah, sebab nanti abah aku dengan wheelbarrow akan datang pungut dan kumpul ke satu tempat. aku mula berjalan satu tempat ke satu tempat, mengikut deretan pokok getah.

pasal bau busuk tak payah nak cerita, pada mulanya, aku memang tak tahan, tapi bila aku tengok raut wajah mak abah aku bekerja dengan penat peluhan, membuatkan aku juga turut bekerja.

nyamuk sekeliling kepala tak usah nak mengeluh, tangan aku selalu melambai-lambai atas kepala sebab nak halau nyamuk.

bila waktu rehat, mesti mak aku bagi makanan yang dia bekalkan. bungkus je nasi berlauk. sebab arwah nenek dan datuk aku berniaga makanan belah pagi. jadi mak aku tapau dari mereka la. macam biasa seingat aku, nasi dengan lauk ayam gulai lemak. sebungkus sorang. dengan air tea o dalam bekas air. cawam berkongsi.

lepas makan, rehat sekejap, bagi makan turun ke perut kata mak aku dulu.

pastu kami semua sambung balik buat kerja. bila semua getah sekerap dipungut dan dikumpulkan ke satu tempat, maka proses kemudian nya adalah mengisi getah sekerap itu kedalam guni. seingat aku, aku dengan abang aku, dan mak dan abah aku mengisi, aku pegang guni, abang aku isi getah sekerap itu.

*gambar hiasan.

kalau tak silap aku, hasil getah sekerap yang dipungut ada dapat dalam 4 atau 5 guni setengah je. tak banyak, sebab kawasan torehan getah untuk abah aku ambil upah bukan luas pun, ada aku tengok kawan abah aku yang kerja kawasan sebelah, dapat 8,9 guni.

macam biasa, bila selesai kerja, balik ke rumah, akan abah aku bagi upah rm2 seorang kepada aku dan abang aku.kalau dapat lebih, abah aku bagi rm3 seorang. kadang-kadang aku jeles sebab kawan aku, kira kawan rapat aku la, dia dapat upah rm10 tau, aku pun tak tau kenapa banyak dia dapat. mungkin ibubapa dia dapat banyak guni kot hasil kutipan getah sekerap itu.

tapi bila aku nak minta upah lebih, tak sampai hati pulak, segan pulak. tapi aku kena memahami, hasil kutipan itu juga untuk menanggung keluarga dan aku. jadi tak mengapalah upah yang sedikit pun. itu dah bersyukur sebab dapat jugak upah dari abah aku.

bila aku renung kembali, memang sedih bila mengenangkan masa itu, perit jerih usaha mak dan abah aku. untuk menyara keluarga, time tu aku dan abang aku je ada, adik-adik aku belum ada lagi.

tapi keadaan ini tidak lama dengan umur aku sebab seingat aku, selepas atuk aku meninggal dalam aku umur 10 atau 11 tahun, perniagaan kecil itu diwarisi oleh abah aku, jadi abah aku berhenti dari kerja menoreh getah, sebab tak cukup masa untuk mengurus. jadi sampai sekarang aku juga dibesarkan dari perniagaan kecil dari permulaan atuk aku dahulu.

alhamdulillah dengan kehidupan sepanjang aku lalui, merasa jugak time susah bersama keluarga dahulu walaupun aku masih kecil lagi dan memang tak memahami sangat erti susah waktu dahulu.

aku berharap aku akan dapat membantu mak dan abah aku bila mereka sudah berumur sebagaimana mereka menjaga aku dari kecil dengan susah payah  mereka lalui.

bila aku mengenang kembali kisah ini, memang menyentuh perasaan.

0 comments:

Post a Comment