Saturday, 2 November 2013

Terus Baling Ke Tong Sampah

ini punya kisah aku ceritakan ketika aku balik dari kerja, memang langsung terus, takder nak fikir dan gelak seketika punya. pendek cerita punya aku jalan.

ini pasal helmet aku, visor macam longgar. aku pakai helmet murah jer, MS88 siapa yang naik motor EX5 buat rempit ke sekolah mesti tahu la. tak tau, ni mesti kaki pakai helmet APOLLO.

*gambar hiasan, tapi model dan kaler macam ini aku punya.

padan la dengan aku pekena untuk LC135 je, bukan superbike, nak layan SHOE dan seangkatan dengannya memang aku tak mampu, mampu pun boleh paksa tapi aku memang tak nak paksa untuk benda itu. just setakat untuk sarong kat kepala dan jumpa abam polis kat roadblock dapat lepas.

tidak senangnya aku pada helmet aku ini ialah visor dah longgar, maklum lah seingat aku helmet itu berumur dah hampir kurang 2, 3 tahun jugak. ye ke? pernah dulu visor yang longgar aku baiki dengan tukar skru pengikat. tak tahan lama, tak sampai 2 tahun, terus tenggantung balik. 2 tahun?? aku kenyet mata sambil berfikir seorang diri.

masa nak pergi ke tempat kerja memang aku dah rasa dah tapi aku memnornalkan diri. skru hanya satu je yang mengikat visor terhadap helmet itu. jadi aku terpaksa la kontrol diri untuk menyamakan visor dengan helmet, kadang-kadang depan awek, aku kontrol habis-habisan.

ingat waktu balik aku buat keputusan untuk balik ke tong sampah. tak dua tiga kali membenakkan kepala aku. dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap sampah sarap. dan aku juga nak bercadang nak angkat yang baru punya. yang lebih cun dari MS88. koyak sikit poket aku bulan ini.

masuk je ke jalan apartment tempat aku sewa, ada la satu tong sampah yang 2x4 meter kot, bukak tali helmet, terus baling ke tong sampah. tapi malangnya aku tidak menepati sasaran dan helmet itu tergolek ke sebelah kiri tong sampah.

ditengok orang berhampiran kat aku maklum lah, aku baling tu time aku tengan tunggang motor, ada la dalam 10km/h. berdentum jugak la. tu yang mengalih pandangan orang kat sekeliling situ.

aku selamba buat bodoh sambil buat muka tak bersalah aku pulang dengan rasa secubit malu sebab baling tak masuk tong sampah.