Tuesday, 22 October 2013
Aku Kena Sepak
terasa jugak aku hari tu, ini semua pasal PS1 yang berlabuh kat rumah aku. aku mana tak senyum lebar sebab dapat PS1 tu. masa tu, siapa ada PS1 dah kira budak yang power, tapi kalau PS2 memang budak tu jalan dagu mendongak sambil mulut tunjuk lagak la.
PS1 masa tu kat kampun aku, memang boleh bilang rumah siapa je yang ada, setakat aku sempat kira la, ada 3 je, itu pun termasuk aku, orang kampung katakan, seorang lagi PS2, tu memang power la dia, time tu la. dengar khabar PS2 tu abang dia yang kerja pahang bagi, dengar kata lagi abang dia tu kerja sedap, mengumpat ke aku ni??
PS1 yang bertandang kat rumah aku ni hasil dari duit gabungan aku dan abang aku, abang aku time tu, baru form4 je, tu pun beli PS1 yang secondhand punya. tawar menawar, dapatlah abang aku belikan dari kawan dia tu dengan harga rm300, analog 2 dan cd 30 keping, analog satu je yang ori, satu yang local.
gembira girang lah aku dengan abang aku tu, maklumlah, jika time tu, budak-budak macam aku ni hanya layak main brick game je yang skrin kaler hitam putih dan bunyi macam-macam tu. tapi kira dikategori yang power jugak la, time tu dah dapat PS1. seingat aku, pada mulanya dapat PS1, main sampai tengah malam, pukul 4 pagi baru berhenti, tu pun ingat nak sekolah esok, kalau hari cuti mau pukul 6 pagi, tidur kejap, bangun balik sambung balik.
bising jugak mak aku bila dia dapat tahu yang aku dengan abang aku ni main PS1 sampai pagi, mau tak mak aku risau, masih bersekolah katakan. abah aku bising jugak tapi biasa lah, ayah kan. kecil-kecil tak bising tapi bila dah bising, memang rasa lah kesakitan ia itu.
seingat lagi aku time tengah malam main game mak aku suruh berhenti main dan tidur sebab esok nak sekolah, sekepala la aku dengan abang aku, berhenti main game, tidur kejap, dalam setengah jam je duk dalam bilik, borak-borak dengan abang aku je. lepas tu keluar main game balik dan suara TV tu aku perlahankan. hehe
kisah bermula aku kena sepak adalah berkait jugak aku dengan PS1 ini. bermula aku ceritakan.
pada hari itu, aku nak angkat PS1 tu alih lokasi tempat nak letak, sekali dengan kotak pelapik bawah tu, malang sungguh hari itu, PS1 terjatuh semasa aku mengankat dan alih. PS1 tu menyembah lantai, nasib baik tiada pecah dan rosak. kena pulak abang aku ada kat situ. lepas je aku letak elok-elok saki baki barang aku angkat, abang aku terus bagi sepakan kat bahagian pehe aku. sekali das sahaja.
aku terus marah dan menangis. hehe
abang aku nampak yang aku nak melawan tapi siap dia cakap lagi kat aku yang dia kata lawan la kalau berani. aku nak lawan sambil nangis?
aku tak lawan walaupun badan aku ketika itu nampak ketara besar aku dari dia seingat aku, abang aku tu kepala dia kat telinga aku je, tambah pulak tubuh aku berisi. aku tak lawan, aku takut kena sepak lagi. huhu
terus aku melulu mencari mak aku untuk mengadu. hehe
seminggu jugak aku tak bercakap dengan abang aku. merajuk jugak.
kemudian keadaan kembali seperti biasa, main game sama-sama, seingat aku, main game konami, game bola sepak.
seingat aku, aku share rm100 je, rm200 lagi abang aku. sebab dia marah aku macam tu. huhu
*gambar hiasan sahaja.
0 comments:
Post a Comment