Monday, 21 October 2013

Sempat Lagi Aku

kisahnya semalam, semasa aku pulang dari kerja dalam pukul 9 malam, overtime kata orang putih, time tu aku tunggang motosikal dan sempat lagi aku mengenang kembali memori zaman kanak-kanak aku lalai dahulu. apa macam?

aku bawak motor tu tak la laju sehingga aku dapat lagi masa tungganan aku diisi dengan mengingat kembali kehidupan semasa kecil-kecil dahulu. lebih kurang 50 km/h je motor aku bawak tu, tak laju, boleh layan, lagipun malam kan, kena angin malam, meromang bulu roma kadang-kadang.

semasa aku kembali mengenang zaman kanak-kanak, banyak betul memori yang telah terpahat, bermacam adegan. sedih, duka, gembira dan banyak lagi la. ada macam aku nak mengalir air mata, tapi tak kesamapaian, baru nak keluar air mata, angin dah keringkan, atas motor kan. huhuhu

kalau aku fikir balik, aku ni nakal jugak, banyak betul karenah aku kecil-kecil dulu, antaranya aku pernah kena pukul oleh mak aku dengan hanger baju, sakit ooo, menjerit aku merayu kat mak aku. kalau dengan abah aku, tak payah cakap la, memang duduk dalam bilik satu hari la lepas kena. penangan memang cun.

teringat juga aku dekat arwah nenek aku, sebab aku memang begitu rapat juga dengannya, aku pernah tumpang bilik nenek aku sebab nak tidur, sebenarnya nak kasih sayang dari nenek. hehe atuk aku dah lama pergi, kalau aku tak silap aku dalam umur 3,4 tahun je. tak sempat nak bermanja sangat, lagipun atuk aku garang sangat, sekali jerkah, maut berhenti jugak jantung aku. tapi mereka ini sudah tiada lagi, al-fatihah untuk mereka.

dalam tak sedar aku mengenang kembali zaman-zaman lama, tak perasan pulak aku dah nak sampai rumah, macam tu la, bila dah fokus kat benda lain, tak perasan pulak apa yang  sedang dibuat.

apa yang aku rasa ialah, bila sampai je kat rumah, best jugak aku mnegenang kembali zaman-zaman kecil dahulu. sememangnya tidak dapat aku kembali, itu la cara untuk aku merasakan lagi apa yang telah aku rasakan dahulu.

jangan biarkan sejarah atau kenangan anda pergi begitu saja, ingat kembali dan hayati walaupun perkara itu buruk mungkin dapat dipengajarankan atau ditauladankan.

0 comments:

Post a Comment