Monday, 2 July 2012

Baik Aku Tidak Bertempat

ini kisah agak nakal dan lucu bagi aku, hahaha gelak aku terlebih dahulu sebelum aku bagi kata-kata kat sini. kisahnya aku ini berbuat baik tapi tidak tengok waktu dan ketika. membuatkan aku muka bersinar malu silu.

kisah ini pendek sahaja ceritanya..

kisahnya bermula bila aku pulang kerumah dari melepak rumah kawan aku, kalau tak silat tengah hari. biasa la remaja kan, melepak adalah aktiviti yang major. aku time tu form 2 atau 3, tak ingat dah aku pun.  tak ketidakheretkan aku dengan fenomena ini. apa ek aku buat kan rumah member aku tu? aku ingatkan balik….

arghhh.. aku tak ingat lah…

baliknya aku untuk ke rumah, bersama aku sekali adalah tunggangan aku ketika itu. apakah? motorsikal yamaha kapcai 70. bunyinya memang begitu mempersona yang mendengarnya. rumah member aku tu tak jauh lebih kurang 700 meter saja dari rumah aku, biasa jugak aku jalan kaki je ke sana tapi dapat pulak motosikal abah aku tu, aku rembat terus pergi rumah kawan aku.

*gambar hiasan sahaja, motosikal itu sahaja yang aku tunjukkan, tapi motor abah aku asalnya warna merah macam ni, setelah aku pandai bawak motor ni, motor ni dah bertukar warna biru.

 

kisah malu aku bermula bila aku mempelawa makcik yang sedang berjalan, lagaknya macam nak pergi menolong ada rumah buat kenduri, tapi memang ada rumah yang buat kenduri waktu itu, rumah pakcik manap, salah seorang tok guru mengaji al-quran tapi kini beliau sudah arwah(al-fatihah buat beliau).

aku mempelawa sebab aku ingat makcik itu nak pergi kenduri ke masjid, sebab aku ada terdengar kat masjid kampung aku tinggal ada nak buat makan-makan, tak tahu la pasal apa. tak teringat pulak aku kat rumah arwah pakcik manap ada buat kenduri. aku pelawa la makcik tu, jom la makcik, saya hantar makcik ke masjid. dengan aku tunjuk muka ikhlas nak menolong.

lantas makcik itu membalas dengan memberitahu aku bahawa tak apa dia bukan pergi jauh pun, kat depan tu saja, sambil jari telunjuk menunjuk ke rumah pakcik manap yang tak jauh dari scene aku dan makcik itu. dan waktu itu la muka aku senyum ikhlas bertukar kepada senyum malu silu.

aku ingat makcik ni nak pergi masjid, rupanya kat depan tu saja. haha aku bagi kata-kata kat makcik tu dengan jawapan ringkas “ooo” je. dengan muka senyum kambing, terus aku beredar sambil dalam kepala malu silu.

niat aku sebenarnya nak perkara baik, nak menolong makcik itu, bukan nak apa-apa pun, dan disebabkan trauma.dalam sebulan itu, aku agak susah sikit nak menolong dalam bab nak menumpangkan orang ketika aku bawak motosikal. huhu lekat beb.

kisah itu, membuatkan aku balik kerumah, nak santap makan tengah hari dengan senyum selalu. hehe

0 comments:

Post a Comment