Monday, 2 July 2012

Kulat Sisir

sebenarnya apa nama yang aku nak kisahkan ini adalah aku sendiri pun tak tahu, hanya aku mahu coretkan yang indah sewaktu dahulu mungkin jadi peneman aku di masa sunyi sepi. memori dahulu yang aku lalaui adalah sejarah terpenting dalam hidup aku.

kulat sisir? apakah itu. mungkin ada yang mengenalinya, tapi aku rasa jarang, orang asal kelantan mungkin diorang tahu apa akan itu kulat sisir. tapi mungkin juga di tempat lain diorang panggil tumbuhan ini dengan nama lain, tah la aku tak tahu.

kisah aku kali ini berkait dengan arwah nenek aku lagi(al-fatihah) yang mana dia lah yang mengajak aku untuk turut dia untuk mengambil kulat sisir di hutan.

watak yang aktif adalah arwah nenek aku,arwah mak cik jah, arwah mak cik embong, makcik esah dan aku. al-fatihah untuk arwah semua. semua itu adalah peringkat nenek semua hanya aku ini cucu diorang, tapi panggilan kat kampun aku dipanggil lagi makcik walaupun dah peringkat nenek. dua-dua makcik aku sebutkan adalah kawan rapat kepada nenek aku itu. semoga roh mereka ditempatkan disisi orang yang beriman.

aku ceritakan….

pada suatu pagi, seperti biasa, rumah aku ini adalah tempat perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan oleh mak dan abah aku, waktu pagi adalah sibuk sesi perniagaan nasi berlauk dan juga boleh dikatakan warong yang mana ia juga dijadikan tumpuan orang kampung untuk datang membeli makanan sebelum mereka masuk kerja.(kerja kampung).

di pagi yang aku nyatakan di atas, mak cik jah telah datang ke warong aku untuk pekena nasik berlauk penangan mak aku dan lebih kurang sama jugak dengan makcik embong, tak ketinggalan makcik esah kalau tak salah, dia adalh pengemar air tea kat warong aku itu. berbual-bualah mereka dipagi itu. nenek aku di dapur, tolong serba sedikit apa yang patut, maklumlah diperingkat nenek. seingat aku, waktu itu, aku sedang menonton televisyen, biasa lah budak-budak tak lepas dari rancangan kartun dipagi hari.

selepas makcik jah dan makcik embong berbual, ajaknya mereka kepada nenek aku untuk pergi ke puncuk bukit yang berlokasi di hujung kampun itu, untuk mengambil kulat sisir, katanya makcik embong, kawasan itu bekas dari tempat pembalakan kecil dan ada kayu kayan yang ditebang ditinggal kat situ, mungkin kayu yang tak cantik agaknya aku la. kawasan itu dengan kebun makcik embong sebenarnya. dan tak jauh dari kebun getah makcik esah. itu sebab diorang tahu.

nenek aku tidak menolak ajaknya makcik-makcik itu, dan mungkin nenek aku tu nampak aku tidak membuat apa-apa aktiviti selain menonton rancangan tv, jadi lebih elok juga dia mengajak aku untuk turut serta dengan aktiviti mereka jalankan. aku tidak menolak ajakan nenek aku, mana tak nya, aku dengan nenek aku tu, perghh rapat kasih sayangnya.

seingat aku pagi itu pukul lebih kurang 8 setengah pagi, bertolaknya aku dengan kawan-kawan nenek aku tu untuk menuju ke puncak bukit itu. bukit itu berhampiran dengan jalan untuk menuju ke kampun sebelah. lagipun bukit itu bukanlah tinggi sangat. kami semua tidak berkenderaan dan hanyalah sekadar berjalan kaki.

masing-masing pegang  beg plastik yang belum dibuka sebagai bekas untuk simpan kulat sisir yang diambil. aku ingat lagi, aku memakai selipar jepun warna biru, selipar itu senang tercabut lubang hidung.(tali selipar). menujunya ke tempat itu, jalan bukit bukau kami harungi, jalan berbecak pun ada tapi pandai-pandai lah kami mengelaknya dan melalui jalan kat tepi.

setelah sampai destinasi, cuaca waktu itu, sejuk dan dingin, biasa la waktu pagi, kabus-kabus berterbangan, daun-daun pun basah dengan embun lagi. aku melihat banyak balak yang bertiduran sana sini. aku pun tak tahu kenapa balak-balak itu ditinggalkan. aku mengagakkan kawasan ini sudah lama ditinggalkan dengan menampakkan pokok-pokok kecil sudah tumbuh, semak samun pun turut serta tumbuh.

tanpa membuang masa, kami membuka beg plastik yang dipegang tadi dan mengambil kulat yang tumbuh di sekitar balak-balak terbiar itu. macam cabut pun ada aku ingat. nenek kata dengan jangan ambil yang besar, tak sedak nak makan bila masak nanti, jadi aku ambil yang kecil-kecil sahaja.

kawan-kawan nenek aku pun turut serta rancak mengambil kulat sisir yang tumbuh kat balak-balak tersebut.

seingat aku la, lebih satu jam jugak kami kat puncak bukit itu untuk mengambil kulat sisir. ada jugak kawan nenek aku tu dapat 2 beg plastik, tapi aku tak ingat makcik yang mana satu. aku hanya dapat setengah beg plastik sahaja, mungkin terlalu memilih kot.

setelah penat dan beg pun dah penuh, kami semua pulang ke rumah masing-masing.

sampai ke rumah, untuk makan tengah hari, nenek aku masak kulat sisir tu dengan goreng campur dengan telur. itu memang kesukaan aku sehingga kini, kulat sisir digoreng dengan telur. memang selera la aku time makan tengah hari itu.

 

*gambar hiasan, gambaran aku ketika mengambil kulat sisir, lebih kurang begini.

 

habis…..

kenangan ini menarik bagi aku, dengan bersama-sama nenek-nenek join ke hutan. aku time tu tak bersekolah lagi, kalau tak silap, 4 atau 5 tahun. lama betol memori ini, macam semalam je aku rasa. kalau dikira balik, dah 20 tahun kisah ini berlaku.

terakhir, semoga nenek-nenek aku nyatakan diatas dilimpahi dengan rahmatNya. amin.sebab semua mereka sudah tiada kecuali aku.

0 comments:

Post a Comment